Al-Fatihah

 
Assalamualaikum.

 
Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Min. Nama penuh Siti Aminah binti ...... Meninggal petang semalam. Sedih sangat bila dapat tahu. Arwah adalah seorang yang baik. Walaupun kita orang nakal. Dia bersabar dengan kita orang.

Bila dapat tahu yang arwah meninggal semalam masa online FB. Terkejut sangat. Macam tak percaya. Tanya kawan, kawan cakap betul. Then, mula rasa nak nangis. Tapi tahan, ada ayah masa tu. Nanti ayah tengok. Haha.

Arwah dulu ajar aku Mathematics. Dari sini la minat Matematik aku muncul. Dulu aku tak minat sangat. Aku tak faham kira mengira nie. Kerja sekolah pun ada meniru orang. Baik tak ? Haha. Sebelum UPSR, aku tuition dengan arwah. Ramai kawan aku yang tuition dengan arwah. Lepas tuition dengan arwah, baru aku faham Matematik nie macam mana.

First, dengar cerita arwah kena tyroid. Macam tu la. Arwah masuk hospital. Kena operation or  tak yang tu tak sure. Bila dengar arwah masuk hospital dari ayah, terkejut jugak. Sebab tak pernah tahu arwah sakit. Arwah seorang yang ceria.

Ingat lagi darjah 6, arwah tak pernah marah kita orang (6 Telipuk), walaupun kita orang buat perangai macam-macam. Arwah bersabar dengan kita orang. Tak pernah marah. Setakat tinggikan suara je. Dalam pelajaran, kalau kita orang tak faham, arwah akan ajar sampai faham.

Dulu arwah seorang yang berisi sedikit. Tapi bila arwah sakit, berlaku perubahan pada arwah. Arwah jadi sangat kurus. Nampak tulang arwah. Macam dah tinggal kulit. Sedih sangat tengok keadaan arwah macam tu.

Masa hari raya tahun lepas (2012), jumpa arwah masa Majlis Jamuan Hari Raya dekat sini. Nampak arwah. Tapi tak bertegur lagi sebab arwah tengah makan. Masa dah nak balik, jumpa arwah sekejap. Salam tangan arwah. Ya Allah, masa tu rasa nak nangis. Tangan arwah macam tak ada isi. Tapi tahan je. Muka arwah cekung sangat. Nampak tulang.

Arwah senyum. Arwah pegang tangan aku lama sangat. Macam tak nak lepas. Pegangan arwah tu erat sangat. Aku tanya arwah sihat ke tak. Arwah cakap sihat. Lega hati mendengar.

Bulan berapa tah, dengan arwah masuk hospital balik. Tak ingat penyakit apa. Tapi dari apa yang aku dengar. Arwah pernah nazak sekali. Tapi alhamdulillah, Allah masih bagi peluang. Arwah kena tebuk kat leher. Sebab ? Tak sure.

Semalam, ziarah jenazah arwah dekat surau sini. Duduk kat bilik mandi jenazah sehingga arwah dikafankan. Arwah nampak tenang sangat. Macam tidur. Sejuk je mata memandang. Arwah nampak sangat kurus. Masa tengok jenazah, mata dah nak meleleh, tapi tahan je. Aku balik sampai van jenazah pergi. Jenazah dikebumikan di Pulau Pinang pagi tadi.

Ramai orang sayangkan arwah. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Apa yang aku boleh cakap arwah seorang yang baik. Aku rasa cikgu yang pernah aku rasa best ialah arwah Cikgu Min. Susah nak dapat cikgu macam arwah.

Okay, meleleh habis sudah. Hehe. Doakan untuk arwah. Moge dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Segala yang hidup, pasti akan merasai mati.

Al-FATIHAH


Thank You :)